Total Pageviews

Saturday, December 1, 2012

update dari sumber2 terkini tentang kemalangan ngeri ini.

5 sekeluarga maut nahas di Mersing

MERSING: Lima sekeluarga terbunuh apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki dalam kejadian dekat Jalan Mersing-Endau di sini, jam 7.30 pagi tadi. - Sumber: Berita harian On line.

Pada pukul 5.17 ptg , ramai saudara mara dan jiran tetangga menanti ketibaan jenazah di rumahnya..Hujan renyai2 dan cuaca yang sentiasa mendung sejak pagi tadi hingga ke saat ini mengimbau rasa hiba kita, apatah lagi ahli keluarga mereka...
Dikhabarkan  bahawa arwah isteri (Shamsiah binti Maidin )dan arwah kakak isterinya akan disemadikan di felda Air Tawar 3 (arwah orang Felda AT3) manakala suami dan dua anaknya disemadikan di Felda Air Tawar 5..Semuga dipermudahkan segala urusan...Aminn

akan diupdate jika ada berita dan gambar terkini ....


Lima sekeluarga maut dirempuh lori tangki

Oleh Mohd Sah Muda
am@hmetro.com.my

KENANGAN...gambar keluarga ini dirakam pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu di Felda Air Tawar, 5, Kota Tinggi. Muhammad Aiman Syahirin (kiri); Abdullah (dua kiri), Maisarah (kanan) dan Samsiah (dua kanan), bersama ibu Abdullah, Ramlah Omar (tengah). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
KENANGAN...gambar keluarga ini dirakam pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu di Felda Air Tawar, 5, Kota Tinggi. Muhammad Aiman Syahirin (kiri); Abdullah (dua kiri), Maisarah (kanan) dan Samsiah (dua kanan), bersama ibu Abdullah, Ramlah Omar (tengah). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
MERSING: Empat terkorban di tempat kejadian manakala seorang lagi maut di Hospital Mersing di sini, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dinaiki enam sekeluarga itu bertembung sebuah lori tangki minyak di Kilometer 13 Jalan Endau – Mersing, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, kereta dinaiki enam sekeluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Jengka, Pahang, untuk menghantar seorang ahli keluarga yang mendaftar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka.

Empat yang maut di lokasi ialah Abdullah M Yousuf, 43, isterinya; Samsiah Maidin, 37; anak keduanya, Maisarah, 4 dan kakak ipar Abdullah, Noraini, 41.

Manakala anak sulung mereka, Muhammad Aiman Syakirin, 8, maut ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Mersing.

Anak bongsu pasangan itu, Ammar Haziq, 3, yang duduk di depan bersama ibu bapanya kini mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Mersing akibat kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, siasatan awal mendapati MPV itu dipandu Abdullah secara berkonvoi dua kenderaan lain dalam perjalanan ke Pahang.

"Sebaik tiba di lokasi iaitu kawasan berbukit, kenderaan arwah Abdullah yang menuruni bukit dipercayai hilang kawalan menyebabkan MPV dipandunya berpusing dan melintang di laluan bertentangan.

"Secara kebetulan, sebuah lori tangki minyak sawit tiba di lokasi dan pemandunya gagal mengelak lalu merempuh MPV berkenaan.

"Akibat rempuhan kuat itu, semua mangsa cedera parah di kepala dan tersepit di dalam MPV itu menyebabkan kami terpaksa mendapatkan bantuan Bomba dan Penyelamat Mersing bagi mengeluarkan mangsa," katanya.

Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan semua mangsa dan empat daripadanya sudah meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.

Muhammad Aiman, katanya, yang turut cedera parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia selepas sejak mendapatkan rawatan di hospital itu.

Katanya, lokasi itu antara kawasan maut kerana sering membabitkan kemalangan maut dan orang ramai diminta mematuhi papan amaran di sekitar jalan raya.

"Semua jenazah dihantar ke Unit Forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 41 (1) AKta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kemalangan maut.

"Kami sudah mengambil keterangan pemandu lori dan menasihatkan semua pengguna mematuhi peraturan jalan raya dan berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat Mersing ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan beberapa minit selepas kejadian dan dua jentera membabitkan 15 anggota dari balai Endau dan Mersing dikejarkan ke lokasi.
"Sebaik tiba, kami dapati semua mangsa tersepit di dalam MPV itu dengan pasangan suami isteri dan anak dipercayai bongsu berada di tempat duduk pemandu dan penumpang depan, manakala selebihnya berada di belakang.
"Kami mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum semua dihantar ke Hospital Mersing," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01

No comments:

Post a Comment