Total Pageviews

Friday, November 30, 2012

BEKAS GURU SMK AIR TAWAR MAUT DALAM KEMALANGAN DI MERSING
SMAT Kehilangan seorang lagi guru, Pn. Samsiah Maidin
ان لله و ان اليه راجعون ....الفا تحه

 Kemalangan melibatkan seorang bekas guru SMK Air Tawar yang bertugas di SM Tun Habab, Pn. Samsiah Maidin, suami, 2 daripada 3 anaknya dan kakak Pn. Samsiah. Warga SMAT agak sedih dan terharu dengan kehilangan 2 warganya dalam tempoh 10 hari,,

Tuesday, November 20, 2012

 Pengetua SMK Air Tawar, Kota Tinggi, Johor,Tn. Hj. Ramlan bin Haji Abdul Rawi Kembali ke rahmatullah
ان لله و ان اليه راجعون ....الفا تحه
Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepadanya kita dikembalikan, Pada pagi Rabu 21/11/2012 arwah telah berucap di hadapan pelajar sempena peperiksaan Kertas Fizik yang turut dihadapi oleh anaknya Mohd. Amirul. Selepas berucap dan pelajar-pelajar telah memasuki dewan peperiksaan, tiba-tiba arwah terjatuh, rebah terduduk dan arwah mengadu sakit dada. Difahamkan arwah telah menjalani rawatan pintasan jantung beberapa tahun lalu. Takdirnya sehingga akhir hayatnya arwah berterusan kuat bekerja hingga ke akhir hayatnya. Antara babak-babak terakhir pertemuan dengan arwah ialah rewangmajlis perkahwinan anaknya, satu pertemuan ucapan tahniah dan penghargaan arwah kepada saya di atas kejayaan saya menyambung pelajaran dan ketika saya membuat permohonan jawatan di Kolej Matrikulasi KPM.

Monday, November 19, 2012


Subhanallah, hikmah di sebalik aktiviti-aktiviti arah lawan jam

Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?

Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Lihat semua pergerakan ini:

Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.


Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.

Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.


Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.


Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.


Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.

Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.

Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.

Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?


Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)

Hukum Tangan Kanan

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikutarah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.

Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!

- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- Allahuakbar ! -