Total Pageviews

Sunday, July 28, 2013

MELAYU DAN TAMADUN MAYA

Sejak kebelakangan ini, satu demi satu kisah mengenai bangsa Melayu mula terbongkar dan dibongkarkan oleh para pengkaji sejarah amatur yang sebenarnya lebih jujur dalam menceritakan sejarah bangsa daripada penulis buku teks sejarah itu sendiri. 

Kisah mengenai Srivijaya, Langkasuka, Champa dan beberapa lagi kisah kehebatan sejarah bangsa kelihatan begitu segan untuk diceritakan oleh buku teks sejarah berbanding menceritakan kepada kita saat kita jatuh.

Ya, saya akui, kita harus belajar bagaimana kita jatuh agar kita tidak mengulanginya, tetapi kalau tiada keseimbangan dalam penceritaan sesungguhnya itu adalah percubaan untuk men-downgraded-kan jati diri bangsa Melayu itu sendiri. Di samping kita menceritakan tentang kejatuhan kita, tiada salahnya kita menceritakan yang kita pernah hebat suatu masa dahulu.

Tamadun Maya

Di saat Sepanyol mula menjejakkan kakinya ke benuah Amerika, mereka menemui satu bangsa yang masih bercawat, tetapi memiliki sebuah peradaban yang sangat agung. Walaupun mereka hidup separuh telanjang di dalam hutan, ilmu sains yang dimiliki oleh mereka menandingi ilmu sains yang dimiliki oleh bangsa Sepanyol.

2000 BC ialah detik yang menurut para sejarawan menyaksikan bagaimana tamadun ini mula berdiri dan mengalami perkembangannya. Tamadun yang setua ini menyaksikan mereka mampu membina pyramid mereka sendiri. Ya, bangsa Maya mempunyai pyramid mereka tersendiri.

Kita mungkin hanya mengetahui, kebanyakan daripada kita, bahawa pyramid itu terletak di Mesir sahaja, di bina oleh firaun mereka. Tetapi sebenarnya, terdapat pyramid lain yang sama hebat dan sama menakjubkan seni bina mereka, iiatu pyramid bangsa Maya.

Selain terkenal dengan kewujudan pyramid ini, bangsa Maya juga menyaksikan bahawa mereka cukup hebat dalam bidang ilmu astronomi. Ilmu astronomi sangat dititikberatkan oleh mereka sehinggakan dibinanya banyak balai pencerapan untuk mencerap bintang. Anda kena ingat, mereka membina balai cerap ribuan tahun sebelum barat dan arab mula memulakannya.

Dalam buku saya nanti, saya akan khaskan sekurang-kurangnya 5 muka surat untuk kita belajar mengenai Tamadun Maya, tetapi buat masa sekarang ni, biarlah kita sekadar belajar secara ringkas, atau dalam erti kata lain sekadar mengenali betapa hebatnya bangsa bercawta yang membina pyramid yang bersalut emas, yang menemui minuman yang dipanggil milo dan memiliki ilmu sains yang sangat mengagumkan.

Sistem Kalendar Maya dan Melayu

Maafkan saya di atas pengenalan yang agak berjela-jela dalam artikel ini. Kita tetus ke apa yang akan dibincangkan oleh kita. Mengenai perkaitan antara bangsa Melayu dan Mayan, aka nada tiga kata kunci untuk kita merungkai misi ini. Kata kunci pertama ialah SISTEM KALENDAR. Kata kunci kedua ialah SENI BINA dan KATA KUNCI KETIGA IALAH LINGUISTIK.

Menurut Professor Cyrus Thomas, daripada Bureau Ethnology, Washington, U.S.A, beliau telah menulis sebuah jurnal yang bertajuk Mayan And Malay yang sebenarnya telah mengungkapkan segala-galanya tentang topic ini. Ketika saya dalam pencarian mencari mengenai sejarah Melayu, saya telah bertemu dengan kajian beliau yang akhirnya membuka mata saya betapa besarnya tamadun Melayu ini daripada jangkaan saya.

Menurut Cyrus Thomas, beliau mendakwa bahawa system calendar yang digunakan oleh bangsa seperti Samoa, Fiji dan bangsa-bangsa lain di Kepulauan Polynesian datang daripada induk bangsa itu sendiri, iaitu bangsa Melayu. Sistem calendar Melayu yang dikajinya, kemudian menemui perkaitan dengan Sistem Kalendar penduduk asli Amerika yang dikenali sebagai Mayan Year.

Dalam jurnal lain yang bertajuk Maya and Mexican Manuscripts, kita mendapati bahawa orang Mexico dan Maya sebenarnya membahagikan calendar mereka kepada lima hari, di mana hari-hari ini sebenarnya bukanlah berturutan seperti system calendar hari ini, tetapi dibahagikan mengikut system yang tertentu. Saya akan menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai system calendar ini dalam buku saya. Cukup kita tahu bahawa terdapat cara tertentu untuk membahagikan hari-hari di dalam system kelander Maya, antaranya ialah 4 mata angin yang berpandukan pada figura seekor burung, untuk menentukan lima hari di dalam calendar maya.

Apa yang menariknya, system yang sama ditemui di dalam bangsa Melayu di nusantara ini. Menurut Cyrus Thomas, system calendar maya yang hari-harinya berasaskan empat mata angin. Anehnya, cara yang sama didapati di dalam budaya bangsa Melayu ini. Menurut Cyrus Thomas, yang menyebut etnik jawa di dalam bangsa Melayu juga mempunyai system calendar yang sama. Berbeza dengan bangsa lain di dunia, mereka mempunyai 7 hari dalam seminggu, tetapi tidak etnik jawa, di mana hanya mempunyai 5 hari dalam seminggu. Har-hari etnik jawa ialah seperti berikut, Laggi, Pahing, Pon, Wagi, Kliwon. Masyarakat jawa membahagikan hari mereka berdasarkan warna dan kedudukan horizon tertentu.

Sekaligus Cyrus Thomas menafsirkan calendar masyarakat Melayu ini dengam calendar Mayan yang turut memiliki 5 hari dan hari mereka dibahagikan mengikut arah mata angin, tiada bezanya dengan system calendar masyarakat jawa. Persamaan ini hanya terdapat di kalangan bangsa Melayu dan Mayan lagi, tegas Cyrus Thomas di dalam jurnal kajian beliau.

Saya akan mengulas topic ini dengan lebih mendalam lagi sekiranya buku saya terbit nanti. Di mana akan ada banyak lagi persamaan akan diulas, membandingkan system-sistem calendar masyarakat Melayu dan Mayan secara terperinci. Artikel ini tidak memberi saya ruang yang cukup.

Seni Bina Maya Dan Melayu

Ya, dulu orang Melayu ini merupakan mereka yang beragama hindu Buddha. Tetapi, kalau difikirkan kembali, apakah seni bina hindu Buddha itu benar-benar mempengaruhi seni bina di Tanah Melayu dan Nusantara ini?

Srivijaya, Langkasuka, Champa, Majapahit dan kerajaan Melayu yang lainnya, apakah kita dapat melihat kesan besar peninggalan daripada India? Di sinilah untuk kita melihat binaan-binaan di Asia Tenggara itu sendiri, kemudian membandingkan dengan di negara India.

Di sinilah saya ingin membangkitkan mengenai kewujudan sebuah candi yang menjadi misteri, tiba-tiba muncul di tengah-tengah hutan. Candi yang langsung tidak mempunyai kaitan langsung dengan candi-candi yang terdapat di negara-negara India dan China. Candi ini dikenali oleh dunia sebagai CANDI SUKUH.

(Gambar: http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/TQUuCkccNJI/AAAAAAAACfg/J4e7KD_ABvc/s320/sukuhmayan.jpg)

Kemudian bandingkan dengan pyramid-piramid yang membangunkan Tamadun Maya (Gambar:http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/TQUuFF9Lr7I/AAAAAAAACfo/6zUKpWohIWM/s320/Mayan+Temple.jpg)

Anda sekarang fikirkan? Apakah semua ini? Tidak cukup dengan itu lagi, di Malaysia juga terdapat bukti-bukti yang boleh membawa kepada penemuan kewujudan sebuah pyramid di Malaysia.

Saya sarankan kita semua membuka kembali keratan berita yang ditulis oleh BERNAMA yang bercakap mengenai penemuan pyramid di Malaysia. 10 December 2007, menyaksikan BERNAMA telah menulis mengenai penemuan bukit yang membentuk pyramid dan telah mengundang atuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, seorang pakar arkelogi untuk mengkajinya dan peroses cari gali di sekitar Tasik Chini berterusan.

Bercakap mengenai Tasik Chini, ada rahsia sejarah yang terpendam di sini, yang sebenarnya sedang dibongkarkan oleh banyak para pengkaji sejarah. Nanti, bila tiba masanya, nanti akan dibongkarkan.

Penemuan struktur berbentuk pyramid di Malaysia sebenarnya bukan berhenti di situ sahaja, pernah dengar tentang penemuan Gunung Lalakon di Indonesia? Itu juga merupakan salah satu daripada struktur yang sedang dicari gali oleh para pakar arkeologi.

Pernah dengar tentang Candi Borubudur di Indonesia? Yang sebenarnya pembinaan candi borubudur menggunakan asas dalam pembinaan pyramid dan jarak antara Candi Sukuh dan Candi Borubudur sebenarnya tidaklah jauh mana.

Belum cukup lagi untuk membuktikan bahawa tradisi pembinaan pyramid sebenarnya sangat dekat dengan kita. Pernah dengar tak tentang penemuan pyramid di dasar laut Jepun pada lewat tahun 1990 an? Dan tahukah anda antara penemuan pyramid tersebut membawa kita kepada penemuan alat sesuatu yang berbentuk seperti keris? Ya, sebuah keris ditemui di Enkakuji Temple. Boleh rujuk artikel daripada The Star yang bertarikh 26.6.2003 yang memperkatakan tentang penemuan keris ini.

Gambar: http://1.bp.blogspot.com/_EkAPRyIuoDk/SlQWdAoOvqI/AAAAAAAAAeA/lH2fOV_F6uY/s1600/keris+okinawa-1.jpg

Linguistik

Rasanya ini merupakan antara bukti yang kukuh membuktikan terdapat perkaitan antara Melayu dan Maya itu sendiri. Bahasa mereka. Di sini, melalui pembuktian bahasa, para pengkaji seperti Professor Cyrus Thomas cuba untuk membuktikan kepada dunia bahawa terdapat perkaitan bahasa antara Bahasa Melayu dan juga Bahasa Maya. Mari kita lihat penemuan-penemuan Cyrus Thomas.

Kita lihat perbandingan bahasa-bahasa Austronesia, termasuk bahasa Melayu dengan bahasa Maya itu sendiri. Mari, saya buka mata anda. Kenapa saya petik Austronesia? Kerana bahasa Melayu termasuk dalam keluarga bahasa Austronesia (nama saintifik untuk rumpun Melayu).

Para pakar bahasa akan mengkategorikan sesuatu bahasa itu dalam keluarga yang sama berdasarkan perkataan asas seperti mak dan tanah yang memang sinonim dalam kehidupan. Maka di sini, kita harus melihat perkataan-perkataan asas dalam sesuatu bahasa itu, di mana Bahasa Maya itu menurut Cyrus Thomas sangat hampir dengan bahasa Austronesia itu sendiri.

(Bukit)

Maya - puk,
Maori puke,
Filipina – bukit
Melayu - bukit,
Magindano – puked
Akar kata dalam perkataan bukit ini ialah pu.

Kita lihat perkataan lain pula dalam memperkatakan tentang kesamaan linguistic antara Melayu dan Maya. Kita ambil perkataan ‘tanah’ untuk mencari kesamaan dalam linguistic antara bahasa Melayu, Austronesia dan Maya.

(Tanah)

Melayu – tanah
Maya – tanah
Dayak – tanah
Malagasy – tani

(Mak)

Maya – na
Melayu – mak/ma/na (dialek Perang Semang)
Fiji – nana
Melanisia – nana

(Kuku)

Maya – Kukum
Melayu – Kuku
Maori – Tuku
Samoa – Tutu
Tonga – tuki

(Bola)
Maya – bul
Melayu – bola

Saya hanya mempamerkan penemuan perkataan-perkataan asal yang agak sama antara Maya dan kelompok bahasa Austronesia itu sendirti untuk membuktikan bahawa terdapat kaitan yang sangat besar dalam Bangsa Maya itu dengan Melayu.

Sebenarnya artikel ini akan menjadi lebih panjang dengan setiap pembuktikan perkatana-perkataan bahasa Maya itu dengan Bahasa Melayu. Cukuplah nanti saya akan panjangkan dalam buku saya yang akan dimulakan penulisannya tahun hadapan.

Kesimpulan yang boleh kita rumuskan di sini ialah, terdapat perkaitan dan bukti yang kemungkinan sama ada Melayu ini adalah saudara jauh bangsa Mayan, atau bangsa Mayan itu seperti menurut Professor Cyrus Thomas ialah asalnya daripada bangsa Melayu yang mengembara di lautan, sesuai dengan sikap Melayu itu sendiri. Lalu tiba di Amerika Tengah dan menubuhkan tamadun mereka.

Artikel ini akan jadi lebih bernilai sekiranya dapat kita cantumkan dengan puzzle-puzzle lain seperti artikel saya sebelum ini, mengenai Lemuria dan Atlantis, cantumkan juga dengan artikel-artikel yang akan datang. Artikel ini akan menjadi lengkap andai buku “Tamadun Bangsa Yang Dilenyapkan” diterbitkan.

Rujukan:
1. Maya and Malay by Cyrus Thomas, page 89-100
2. Maya and Malay by Edward Tregear page 101-108
3. Artikel mengenai pyramid Melayu oleh Bernama bertarikh 10 December 2007
4. Artikel mengenai Keris Di Dasar Laut Jepun oleh The Star bertarikh 26.6.2003


Like · · Share

Post by ~ Biar Gambar Berbicara

Powered By Khalifah Store

Credit to Page Zizan Raja Lawak

Monday, July 22, 2013

mengapa wanita sering menangis

Ya ALLAH, mengapa wanita sering menangis? Jawabnya: Kerana wanita itu UNIK.. Aku ciptakan dia sebagai makhluk istimewa, KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak2nya, KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman, KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia, KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah, KU beri dia naluri untuk mencintai anak2 dalam keadaan apapun, KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh rakan, walau disakiti oleh "orang" yang dia sayangi Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru...

Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina. Jangan banyak bercakap di hadapan guru. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru. Jangan menyangkal kata-kata guru. Jangan mengumpat pelajar lain. Jangan berbisik di hadapan guru. Jangan berpaling kiri dan kanan. Jangan menyoal semasa guru kepenatan. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk). Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali. Rujuk guru dalam memilih ilmu. Jangan duduk tempat guru. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya. Muliakan anak-anak guru. Selalu berhubung dengan guru. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu. Disalin dari : http://www.kaunselingskbt2.com/ Salam tuk semua yang hadir di sini...Saya tak ingin banyak blog sebenarnya. tapi bila bercampur antara posting tentang dadah dan motivasi agama dan motivasi pelajar....rasanya macam perlu ada garis pemisah untuk mendindingkan antara 3 perkara tersebut.. ============================================= Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Bangun pagi-pagi lepah mandi kita semaye Nak gi sekolah cium tangan ayah ibu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Balik sekolah bila dah lepah make Kerja cikgu suruh kita buat selalu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Di waktu pete adik gi ngaji kor ‘ae Bila dah malam rajinlah baca buku Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Masa belajar tanam sifat nak melawe Biar periksa dapat nombor satu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Masa mengaji tok soh malu Toksoh segan, Benda hok tok tau cepat2 tanya cikgu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Dadah ngan ganja jange adik nok telan Bila ketagih tubuh segar jadi layu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Bila dah Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina. Jangan banyak bercakap di hadapan guru. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru. Jangan menyangkal kata-kata guru. Jangan mengumpat pelajar lain. Jangan berbisik di hadapan guru. Jangan berpaling kiri dan kanan. Jangan menyoal semasa guru kepenatan. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk). Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali. Rujuk guru dalam memilih ilmu. Jangan duduk tempat guru. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya. Muliakan anak-anak guru. Selalu berhubung dengan guru. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu. Disalin dari : http://www.kaunselingskbt2.com/ Salam tuk semua yang hadir di sini...Saya tak ingin banyak blog sebenarnya. tapi bila bercampur antara posting tentang dadah dan motivasi agama dan motivasi pelajar....rasanya macam perlu ada garis pemisah untuk mendindingkan antara 3 perkara tersebut.. ============================================= Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Bangun pagi-pagi lepah mandi kita semaye Nak gi sekolah cium tangan ayah ibu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Balik sekolah bila dah lepah make Kerja cikgu suruh kita buat selalu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Di waktu pete adik gi ngaji kor ‘ae Bila dah malam rajinlah baca buku Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Masa belajar tanam sifat nak melawe Biar periksa dapat nombor satu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Masa mengaji tok soh malu Toksoh segan, Benda hok tok tau cepat2 tanya cikgu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Dadah ngan ganja jange adik nok telan Bila ketagih tubuh segar jadi layu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Bila dah bjaya jadi peg. kerajaan jgn mu lupa jasa ayah dan ibu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Pkara hok baik adik ambik buat taulade Pkara hok buruk jgan adik nok tiru Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemubjaya jadi peg. kerajaan jgn mu lupa jasa ayah dan

Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali
Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina. Jangan banyak bercakap di hadapan guru. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru. Jangan menyangkal kata-kata guru. Jangan mengumpat pelajar lain. Jangan berbisik di hadapan guru. Jangan berpaling kiri dan kanan. Jangan menyoal semasa guru kepenatan. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk). Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali. Rujuk guru dalam memilih ilmu. Jangan duduk tempat guru. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya. Muliakan anak-anak guru. Selalu berhubung dengan guru. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu. Disalin dari : http://www.kaunselingskbt2.com/ Salam tuk semua yang hadir di sini...Saya tak ingin banyak blog sebenarnya. tapi bila bercampur antara posting tentang dadah dan motivasi agama dan motivasi pelajar....rasanya macam perlu ada garis pemisah untuk mendindingkan antara 3 perkara tersebut.. ============================================= Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Bangun pagi-pagi lepah mandi kita semaye Nak gi sekolah cium tangan ayah ibu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Balik sekolah bila dah lepah make Kerja cikgu suruh kita buat selalu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Di waktu pete adik gi ngaji kor ‘ae Bila dah malam rajinlah baca buku Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Masa belajar tanam sifat nak melawe Biar periksa dapat nombor satu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Masa mengaji tok soh malu Toksoh segan, Benda hok tok tau cepat2 tanya cikgu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Dadah ngan ganja jange adik nok telan Bila ketagih tubuh segar jadi layu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Bila dah bjaya jadi peg. kerajaan jgn mu lupa jasa ayah dan ibu Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Pkara hok baik adik ambik buat taulade Pkara hok buruk jgan adik nok tiru Adik-adik dibangku pelajaran Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu

Sisa Runtuhan Rumah Nabi Muhammad SAW ( 8 Gambar ).


Written By gedong on Monday, 22 July 2013 | 00:29

Jom kita tengok rumah Nabi Muhammad SAW.



Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun. 


Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & isteri, Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.


Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as


Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.


Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.


Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.


Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.

credit to : http://thegeekhubs.blogspot.com/

Tuesday, July 9, 2013

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?



Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa.

Pertama. Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.

Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.

Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung "Dome Of The Rock. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid " Dome of the rock" sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Ini merupakan cara Zionis. Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Artikel Bangunan Masjid Al-Aqsa yang Sebenarnya, mengungkap penipuan Zionis

Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa

Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman". Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.

Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa 'kuasa' itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai "Free Mason". Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat "all seeing eye" yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu "Dajjal".

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak "bermata satu". Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah "Master of Deception".

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan". Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.

Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.


Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa

9 JENIS NAMA SYAITAN MENURUT ISLAM


 
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:


1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, pelacuran, kelab malam & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan Allah dan orang yg suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour dsg.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH ...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari


sumber: internet Description: 9 Jenis Nama Anak Syaitan Menurut Khalifa Umar Bin Khattab RA


Kredit to Blog MyFuhh