Total Pageviews

Thursday, December 22, 2011

Ya ALLAH, mengapa wanita sering menangis? Jawabnya: Kerana wanita itu UNIK.. Aku 
ciptakan dia sebagai makhluk istimewa, KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak2nya, KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman, KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia, KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah, KU beri dia naluri untuk mencintai anak2 dalam keadaan apapun, KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh rakan, walau disakiti oleh "orang" yang dia sayangi Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru...

Renungan bersama...


RENUNGAN BERSAMA:

- Jika kita suka membenci orang, sebenarnya kitalah orang yang dibenci..
Jika kita suka menyayangi orang, kitalah yang paling disayangi..

TETAPI:
- Hargailah orang yang membenci kita, kerana dia sebenarnya adalah 'peminat setia' kita yang telah menghabiskan waktunya hanya untuk melihat setiap kesalahan kita, & mencipta seribu alasan agar orang lain juga turut membenci kita.
Bicara itu mampu menggores luka, ❝..Bila menyindir penuh makna..❞
» Bicara itu mampu menjadi racun, ❝..Andai disalur menjadi fitnah..❞
» Bicara itu mampu menikam tajam, ❝..Kala dihunus bersulam dendam..❞
» Bicara itu mampu menjadi penawar, ❝..Andai nasihat galang gantinya..❞
» Bicara itu mampu menjadi azimat, ❝..Bermotivasi pencetus semangat..❞

» Dan BICARA itu juga mampu MENJADI SEBAHAGIAN daripada DOA,

❝..Maka BERHATI-HATILAH tatkala MENUTURKANNYA !! ❞