Total Pageviews

Sunday, September 12, 2010

Thursday, September 09, 2010 9:40 AM

"adsrayatv3Di Jordan, siaran TV negara haram Israel boleh didapati. Channel 1, 2nya jelas. Rekabentuk, set pentas untuk siaran berita, latarbelakang bilik berita, juga pentas bercahaya untuk program forum dan diskusi dan bebrapa aspek penyiaran banyak persamaan dengan sebuah stesen tv swasta yang paling awal beroperasi di Malaysia. Ketika itu RTM sudah lama ketinggalan. Saya tak tahu samada itu semua secara kebetulan atau yang uruskan di belakang tabir TV Israel dan TV swasta itu dari spesis yang sama.

TV swasta inipun sudah bertahun saya tinggalkan. Tidak ada apa sangat yang nak ditonton, termasuk buletin utamanya (ini tak masuk musim pilihanraya lagi ni). Kalau boleh ditumpang sedikit ialah Jejak Rasul dan sekerat dua program yang sepertinya. Yang lain hampeh! Hinggalah muncul iklan raya yang menjadi kontroversi baru-baru ni. Saya tak rasa ia kebetulan. Kreativiti dan imaginasi pencipta iklan itu tinggi, juga punya mesej dan minda yang sudah di’set’kan. Analisa yang dibuat seperti di sini mungkin agak detail dengan tafsiran-tafsiran tersendiri yang agak ‘melampau’ mata kasar yang melihat. Tapi ada logik dan kemunasabahannya.
Pelik juga apabila mereka boleh meluluskan iklan raya itu tanpa ada apa-apa sensitiviti terhadap Islam yang dianut. (Atau Islam hanya pada borang?) sehingga dibantah oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dan masyarakat awam. Kalau tak dibantah? Tentu iklan itu terus ditayang dan fikiran umat Islam akan ditusuk dengan agenda 1Agama yang membahayakan.
Bukankah TV ini pernah menayangkan beberapa program yang pernah menjadi perbincangan tentang agenda Illuminati dan yang seumpamanya seperti AJL dahulu? Minta maaf telah dibuat. Maaf boleh diterima tapi jangan lupa dalam musim pilihanraya nanti TV ini akan lupa tentang maafnya itu dan kembali dengan perangai asalnya.
Petikan ulasan tentang iklan raya (terpulang kepada anda menilainya):
Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan. (shared)
Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:
http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y (saya cuba buka, x dapat)
Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.
scene1 sangkar
Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
scene 2 jawi terbalikScene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
scene 2 bintg north star, pkok krismas, beca merah
1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism
scene 3 songkok putihScene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.
Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
tiang salib
Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?
pelita tulipApa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.
tulip asalMungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..
embun tulip editedRasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..
Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).
- http://naimnikmat.blogspot.com/ -
Kedutaan malaysia DiCeroboh lagi
Thursday, September 09, 2010 7:22 AM
JAKARTA - Sejumlah penunjuk perasaan sekali lagi menceroboh dengan memanjat pintu pagar dan bangunan pos pengawal keselamatan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dalam satu demonstrasi, semalam.

Berikutan itu, Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Indonesia kerana perbuatan penunjuk perasaan itu tidak dihalang anggota polis yang mengawal di hadapan kedutaan itu.

Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin berkata, penghantaran nota bantahan itu akan dibuat sesuai dengan pengakuan pihak berkuasa Indonesia untuk melindungi Kedutaan Besar Malaysia dan warga negara Malaysia yang berada di Indonesia.

Dalam demonstrasi selama sejam bermula jam 11.40 pagi itu, 170 anggota kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) dan beberapa kumpulan lain dalam gerakan bersama 'ganyang Malaysia', datang ke Kedutaan Besar Malaysia ketika hujan lebat. Sejurus tiba, beberapa anggota kumpulan yang berpakaian seragam LMP terus memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan sambil mengibarkan bendera Indonesia.
-Sinar harian-
Pesanan Untuk Diri
Tuesday, September 07, 2010 10:03 PM
--Lebih baik sedikit yang halal dari banyak tapi haram dan menyusahkan diri di akhirat nanti

-Sibukkan diri mengingati Allah lebih baik dari sibuk dengan urusan diri sehingga terlupa pada Allah
Keajaiban Solat Melalui Kajian Sains
Tuesday, September 07, 2010 7:00 AM
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindakmenyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah,kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.

Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai.

Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.

Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail). Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Sekian untuk renungan kita bersama. http://pmiupm.net/?p=584

Berdasarkan kepada hadis-hadis yang sahih, di antaranya:

Maksud: Dari Anas B. Malik (radhiyallahu 'anhu), beliau menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyuruh supaya para makmum merapatkan saf-saf mereka dan Nabi akan dapat memerhatikan mereka dari belakang. Dan pada ketika itu masing-masing di antara kami pun saling merapatkanlah bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki yang di sebelah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al- Azan, 3/154, no. 683)

Maksud: Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)

http://ajijoi.blogspot.com/
Hati -Hati Produk Yang Di Gantung Sijil Halal
Monday, September 06, 2010 10:20 PM


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa agar orang ramai terutama pengguna Islam supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee keluaran syarikat QBI Packaging Sdn Bhd.

Ini adalah ekoran daripada penarikan balik status halal minyak sapi tersebut oleh JAKIM berkuatkuasa pada 19hb Ogos yang lalu. Menurut JAKIM, minyak sapi berkenaan mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Sempena musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, pengguna diminta berhati-hati dalam membeli kuihraya, membuat kuihraya, dan memakan kuih raya termasuk, nasi-nasi yang berasaskan minyak sapi dengan jenama QBB Pure Ghee.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga menyeru agar syarikat terbabit menarik semula semua produk tersebut yang mempunyai label halal JAKIM yang berada di pasaran dengan serta merta. Tindakan serta penarikan balik produk ini yang mempunyai logo halal JAKIM serta-merta dari pasaran dapat mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga mengingatkan pihak syarikat agar mengambil tindakan serius serta prihatin dengan masalah sensitivity umat Islam berkaitan dengan produk serta sijil halal yang diguna pakai. Justeru itu pemantauan rapi dari JAKIM serta kerjasama syarikat terbabit amatlah dialu-alukan.

Sumber : Buletin Pengguna PPIM
Mari Bersantai Dengan Nombor
Monday, September 06, 2010 3:08 PM
Langkah 1 :
Pilih nombor kegemaran anda antara angka 1 hingga 7..
*Contohnya nombor 7

Langkah 2 :
Nombor dipilih di darab dengan angka 2 (x)..
* Contohnya, 7 x 2 = 14

Langkah 3 :
Nombor hasil di tambah dengan angka 5 (+)..
* Contohnya, 14 + 5 = 19

Langkah 4 :
Nombor hasil di darab dengan angka 50 (x)..
* Contohnya, 19 x 50 = 950

Langkah 5 :
Jika tarikh lahir anda tahun ini sudah terlepas tambahkan dengan angka 1758 (+)..
Jika tarikh lahir anda tahun ini belum terlepas tambahkan dengan angka 1757 (+)..
* Contohnya, 950 + 1757 = 2707 (birthday aku bulan 11, huhu)

Langkah 6 :
Nombor hasil di tolak dengan tahun lahir (-)..
* Contohnya, 2707 - 1982 (tahun lahir) = 725

Hasil :
Nombor hasil sekarang ada 3 digit.. (725)
* Penyelesaian, nombor 7 di depan adalah nombor kegemaran anda pilih di langkah 1 tadi, nombor 25 dibelakang pula adalah umur anda sekarang